Perekaan, penemuan, dan pengenalan Milenium_ke-8_SM

  • Kemunculan pertanian.
  • Amerika Selatan: Ubi kentang dan kacang ditanam.
  • Asia Timur: Permulaan penanaman padi.
  • Mesir Kuno: Pembelajinakan kucing, dan lembu Bos aegyptiacus.
  • Asia Barat Daya: Pembelajinakan biri-biri.
  • Afrika: Pembinaan pondok, perdiangan, serta jelapang, dan pengeluaran alat-alat batu tidak mudah alih untuk mengisar biji-bijian.
  • Asia: Orang-orang Catal Huyuk memakai kulit haiwan, serta topi yang diperbuat daripada bahan-bahan yang sama.
  • China: Pembinaan rumah dan tanur, serta pengeluaran tembikai, ukiran batu firus, dan alat-alat yang diperbuat daripada batu serta tulang, dan yang paling luar biasa, flut tulang.
  • Kota yang terletak di Anatolia di Turki kini menunjukkan sebilangan artifak yang membuktikan pengamalan penyembahan dewi yang meluas.
  • Laut Mediterranean: Tanah liat dan lepa digunakan untuk membentuk patung-patung di Jericho dan cAin Ghazal.
  • Asia: Bukti pertama untuk ini dengan "token-token penghitung" tergores sejak sekitar 9,000 tahun dahulu di sabit subur neolitik.
  • Jepun: Tukang-tukang tembikar Jepun mula menghiasi bekas-bekas masak tembikar pada sekitar masa ini.
  • Korea: Tradisi-tradisi tembikar yang mudah, kekadangnya dengan kesan-kesan tali pintal dan tanda-tanda hiasan yang lain.
  • Australia: Pertanian di New Guinea.
  • China: Orang-orang di desa Jiahu telah mengamalkan penghidupan desa. Bahagian-bahagian kota diperuntukkan untuk fungsi-fungsi yang berbeza.
  • Tapak Jiahu di China: Orang-orang Cina telah menjadi ahli-ahli muzik dan tukang-tukang yang ulung.
  • Yunani: Bukti-bukti gandum, barli, biri-biri, kambing, dan babi membayangkan bahawa ekonomi pengeluaran makanan diamalkan di Aegia.
  • Gua Franchthi di Argolid, Yunani, menjadi bukti pengebumian-pengebumian senjaga yang terawal di Yunani.
  • England: Sebahagian besar dasar Laut Utara merupakan darat sebelum zaman ini.
  • Amerika Kala Kuno: Orang-orang asli Amerika bergerak mengikut musim di sekitar Vermont untuk hidup, memburu, memungut, dan memancing ikan.
  • Mexico: Pengeluaran barang-barang tembikar, pembinaan timbunan kubur, serta pengembangan teknologi taman.
  • Bandaraya Mexico: Berhampiran dengan jalan besar yang mengaitkan ibu kota dengan Cuernavaca terletak sebuah piramad bertangga yang bulat dan yang amat rumit.
  • Aktiviti glasier mencipta Laut Champlain; orang-orang Paleo-Indian menjelajah dan memburu di Vermont.
  • Dunia - Antara 12,000 SM dan 5,000 SM, kebanjiran kawasan pedalaman yang teruk terjadi di banyak kawasan dan mengakibatkan kenaikan aras laut yang agak tiba-tiba di banyak tempat di seluruh dunia.
  • Eropah Utara - Wanita-wanita dikatakan mengembangkan rambut perang muda dan mata biru untuk memikat atau menarik perhatian lelaki-lelaki yang sukar didapati, akibat keadaan-keadaan di utara. (The Sunday Times, 26 Februari 2006)